Sunday 11 December 2011

RUKUN TAYAMMUM
1. Berniat ketika menyapu debu tanah ke muka. Niat tayammum adalah seperti berikut:
Maksudnya:
“Sahaja aku bertayammum bagi mengharuskan solat kerana Allah (SWT) Ta`ala.”
2. Menyapu muka.
3. Menyapu kedua-dua belah tangan.
4. Tertib.
SUNAT TAYAMMUM
1. Membaca basmalah iaitu lafaz
2. Mendahulukan menyapu tangan kanan dari yang kiri dan memulakan bahagian atas dari bahagian bawah ketika menyapu muka.
3. Berturut-turut di antara menyapu muka dan menyapu tangan.
PERKARA YANG MEMBATALKAN TAYAMMUM
1. Berlaku sesuatu daripada perkara-perkara yang membatalkan wudhu’.
2. Melihat air atau mendapat air sekiranya bertayammum kerana ketiadaan air.
3. Murtad iaitu keluar dari agama Islam.

No comments:

Post a Comment