Sunday 11 December 2011

Berbagai jenis mandi sunat
Selain daripada mandi wajib seperti  yang diterangkan sebelum ini, syari’at Islam menggalakkan pula mandi sunat bagi seseorang yang mandi kerana menyempurnakan ibadah-ibadah tertentu. Di antaranya ialah;

Mandi kerana hendak pergi menunaikan solat Juma’at. Niatnya iaitu, “Sahaja aku mandi sunat hari Juma’at kerana Allah (SWT) Ta’ala.”
Mandi sunat Hari Raya Aidlfitri atau AidilAdha sama ada ingin pergi menunaikan solat sunat hari raya atau tidak. Niatnya , “Sahaja aku mandi sunat hari raya kerana Allah (SWT) Ta’ala”.
Mandi sunat selepas memandikan jenazah.
Mandi sunat selepas seseorang memeluk agama Islam jika belum pernah berjunub. Jika pernah berjunub hendaklah dia mandi wajib.
Mandi sunat setelah seseorang itu siuman dari gila atau sedar dari pengsan.
Mandi sunat Ihram sebelum memakai pakaian ihram untuk mengerjakan ibadah haji atau umrah.
Mandi sunat kerana gerhana matahari atau bulan.
Mandi kerana berubah bau badan.
Mandi sunat kerana musafir yang diharuskan.
Istihadhah
Istihadhah ialah darah penyakit yang keluar dari rahim perempuan di luar waktu haidh atau nifas. Ia tidak menegah perempuan tersebut dari melakukan ibadah solat, puasa dan lain-lain, sebagaimana yang diharamkan bagi orang perempuan yang kedatangan haidh atau nifas. Oleh yang demikian, orang perempuan kedatangan darah istihadhah ini hendaklah menunaikan ibadah yang diwajibkan seperti biasa. Kemaluannya hendaklah dibasuh dan ditutup dengan kapas atau kain, kemudian segeralah mengambil wudhu’ dan solat.

Hukum bangkai:

Semua bangkai adalah najis kecuali ikan, belalang dan mayat manusia, sebagaimana yang diterangkan dalam sebuah hadith Rasulullah S.A.W yang bermaksud;
“Dihalalkan bagi kita (umat Islam) dua jenis bangkai dan dua jenis darah iaitu bangkai ikan dan belalang dan hati serta limpa (haiwan sembelihan).”
Tentang sucinya mayat manusia pula iaitu, firman Allah (SWT);
“Dan sesungguhnya Kami(Allah (SWT)) telah memuliakan anak Adam (manusia).”



No comments:

Post a Comment