Monday 12 December 2011

Hijratul Rasul S.A.W

RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia. 

PERISTIWA PENTING BULAN MUHARRAM

Sunday 11 December 2011

e) HarusSesuatu perbuatan yang dilakukan tidak mendapat pahala , tetapi jika ditinggalkan tidak mendapat dosa
d) MakhruhSesuatu yang yang tidak digalakkan untuk melakukanya , sekiranya dilakukan tidak mendapat dosa , tetapi sekiranya di tinggalkan mendapat pahala
b) SunatSuatu yang dilakukan mendapat pahala , tepapi sekiranya tidak dilakukan tidak mendapat dosa.
c) HaramSesuatu yang dilarang melakukannya , sekiranya dilakukan mereka akan mendapat dosa Dan jika ditinggalkan mendapat Pahala .
Seperti contoh : Minum arak , berzina , merompak dan berjudi .

Ibadah: Jenis-jenis hukum


Terdapat lima jenis hukum Didalam Islam
a) WajibSuatu perintah yang mesti di kerjakan . apabila melakukan akan mendapat pahala. Sekiranya ditinggalkan mendapat  Dosa.
Seperti contoh :  Puasa di bulan Ramadhan , Solat 5 waktu seperti yang diperintahkan didalam rukun Islam .

CARA MENYUCI NAJIS:
Cara menghilangkan najis ialah dengan beristinja’, membasuh dan menyamak.  Cara menyucikan najis haqiqiyy pula adalah seperti berikut:
1. Najis mughallazah (berat)
Hendaklah dihilangkan ‘ain najis itu terlebih dahulu, kemudian barulah dibasuh dengan air sebanyak tujuh kali, salah satu daripadanya bercampur dengan tanah sehingga hilang sifatnya (warna, bau dan rasa).
2. Najis mutawassitah (pertengahan)
Hendaklah dihilangkan ‘ain najis itu terlebih dahulu, kemudian barulah dibasuh tempat kena najis dengan air sehingga hilang sifatnya (warna, bau dan rasa).
3. Najis mukhaffafah (ringan)
Hendaklah dihilangkan `ain najis itu terlebih dahulu, kemudian cukup sekadar direnjiskan atau dialirkan air ke atasnya.
· Untuk menyucikan najis hukmiyy iaitu yang tiada warna, bau dan rasa ialah dengan mengalirkan air ke atas tempat yang terkena najis tersebut.